suria

Tabung Haji Nafi Pintu Kaca Cawangan Sengaja Dipecahkan

Salah satu pintu kaca di cawangan Tabung Haji di Kangar, Perlis kerana engselnya tertanggal.

PETALING JAYA: Tabung Haji menafikan spekulasi mengenai salah satu daripada cawangannya telah dirosakkan akibat perbuatan vandalisme.

Sebaliknya, lembaga urusan tabung haji berkata, salah satu daripada pintu kaca di cawangannya di Kanggar, Perlis pecah selepas engselnya tertanggal.

"Perkara yang berlaku langsung tiada elemen jenayah. Tiada sesiapapun yang baling batu atau apa-apa sahaja. Saya berada di situ ketika ia berlaku," kata seorang pekerja cawangan itu yang enggan dikenali kepada The Star Online.

Pekerja itu berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.30 petang Isnin ketika sedang menutup premisnya.

Dia kemudiannya mengesahkan bahawa pintu kaca yang pecah itu sudah digantikan dengan yang baharu.

Sekeping gambar berhubung insiden tersebar meluas di media sosial sehingga timbul spekulasi mengenai ia merupakan perbuatan vandalisme.

Tabung Haji menjaid tajuk utama media sejak seminggu lalu selepas ia membuat pembelian terhadap plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dengan RM188.5 juta daripada 1Malaysia Development Board (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang media Sabtu mengumumkan bahawa pembelian tanah itu bukan 'bail out' (melindungi) 1MDB.

Bagaimanapun, Tabung Haji kemudiannya memutuskan untuk menjual tanah berkenaan selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB, Tabung Haji

Artikel Lain