suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jabatan Audit Cadang Serah Laporan Awal Pengauditan 1MDB Akhir Jun

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara pada Selasa memaklumkan jabatan itu kini giat melakukan pengauditan ke atas syarikat 1Malaysia Development Bhd (IMDB), dan berusaha menyiapkannya seberapa cepat yang boleh.

Sehubungan itu, Jabatan Audit bercadang mengemukakan laporan awal pengauditan ini kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selewat-lewatnya akhir Jun ini.

"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," demikian menurut Ketua Audit Negara dalam satu kenyataan sebagai maklum balas kepada pihak-pihak yang ingin mengetahui status terkini pengauditan jabatan itu terhadap 1MDB.

Jabatan Audit Negara, 1MDB

Artikel Lain