PAS Hantar Notis Bentang RUU Berkaitan Hudud Di Dewan Rakyat - Semasa | mStar

PAS Hantar Notis Bentang RUU Berkaitan Hudud Di Dewan Rakyat

KOTA BAHARU: PAS telah menghantar semula notis ke Parlimen untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud di  Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang akan mula bersidang Isnin ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya berharap rang undang-undang persendirian itu dapat dibahaskan memandangkan ia tidak sempat untuk dibahaskan pada Mesyuarat Pertama persidangan itu yang diadakan sejak 9 Mac hingga 9 April lepas.

"Notis kedua telah dihantar, dan (PAS) serah pada Speaker (Dewan Rakyat) dan kerajaan (menentukannya)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di sini.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata dengan pembentangan dan lulusnya rang undang-undang itu nanti, PAS dapat membuat pindaan pada Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 supaya Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dapat dilaksanakan di Kelantan.

Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga anggota Parlimen Marang, telah mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas bagi membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun rang-rang undang itu tidak dapat dibahaskan kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac lepas. 

Hudud , RUU , Dewan Rakyat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Marina Terus Tentang Hudud

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain