suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kertas Siasatan Kes Bantahan Salib Diserah Kepada DPP

SHAH ALAM: Polis telah menghantar kertas siasatan berhubung kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya baru-baru ini, kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut. 

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, selain keterangan daripada peserta bantahan, kertas siasatan itu turut mengandungi beberapa keterangan daripada pihak lain termasuk saksi kejadian. 

Pada April lepas, sekumpulan penduduk mengadakan bantahan terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di Taman Medan, Petaling Jaya. 

Berikutan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata peserta demonstrasi itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana ia melibatkan sensitiviti agama.  -- BERNAMA

PDRM, Bantah Salib

Artikel Lain