suria

Tabung Haji Tidak Perlu Masuk Campur Kontroversi 1MDB, Kata Wee

KUALA LUMPUR: Adalah lebih bijak untuk Lembaga Tabung Haji mempertimbangkan prospek pelaburan lain dan bukannya terlibat dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi kontroversi masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata ia mungkin masa yang salah untuk Tabung Haji membeli tanah dengan jumlah RM188.5 juta dari 1MDB.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa ia adalah dibawah bidang kuasa Tabung Haji.

"Kedua-dua lembaga pengarah 1MDB dan Tabung Haji perlu menjawab semua pertanyaan yang dibangkitkan oleh orang ramai, terutamanya pendeposit Tabung Haji, bagi kepentingan ketelusan dan tadbir urus yang baik," kata Dr Wee.

Pada Sabtu, pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata tiga syarikat telah menawarkan untuk membeli plot daripada Tabung Haji.

Beliau berkata perjanjian antara 1MDB dan Tabung Haji merupakan satu keputusan perniagaan lama dibincangkan untuk melabur dalam Tun Razak Exchange (TRX).

Dr Wee berkata perjanjian tanah yang dikatakan antara Tabung Haji dan 1MDB menjadi kontroversi kerana ia menimbulkan persoalan tentang tadbir urus yang baik dan telus.

"Perjanjian itu adalah semata-mata dibawah bidang kuasa Tabung Haji. Ia adalah antara dana dan 1MDB. Oleh itu, ia tidak dibesarkan dalam Kabinet.

"Sebelum ini, saya tiada maklumat tentang perjanjian itu," kata beliau sambil menambah bahawa dia juga mengetahui isu tersebut dari media.

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang juga menggesa kerajaan untuk menjadikannya satu prosedur operasi standard untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk mendedahkan transaksi perniagaan mereka kepada orang ramai.

Langkah sedemikian akan membantu untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai, katanya.

Tan berkata jualan semula tanah oleh Tabung Haji hanya penyelesaian sementara dan pokok isu ini ialah kekurangan ketelusan ke atas urusan dan pengurusan 1MDB.

"1MDB harus mendedahkan semua urusan material, termasuk laporan tahunan yang diaudit kesihatan kewangannya oleh seorang juruaudit yang bebas, dengan serta-merta apabila transaksi itu selesai dan tidak menunggu untuk pemberi maklumat mendedahkan mereka," katanya.
Tabung Haji, 1MDB

Artikel Lain