suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Samy Vellu Henti Ganggu Urusan MIC, Kembalikan MIED, AIMST - Palanivel

Palanivel (kanan) dan Samy Vellu.

PUTRAJAYA: Bekas presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu pada Ahad diminta menyerahkan kembali entiti pendidikan parti itu, Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Aimst) kepada MIC.  

Menggesa demikian, Presiden parti Datuk Seri G.Palanivel juga menggesa pendahulunya itu bersikap 'gentleman' dan melepaskan jawatan yang masih dipegangnya di entiti berkenaan. 

"Samy Vellu cukup arif tentang perlembagaan parti, yang demikian beliau perlu bersikap gentleman menyerahkan semula MIED dan AIMST kepada MIC. 

"Mengapa tidak melepaskannya? Apa muslihat beliau?," kata Palanivel dalam satu kenyataan di sini.  

Sambil menegaskan bahawa setiap pemimpin punya gaya kepimpinan dan jenama peribadi tersendiri, Palanivel menyelar Samy Vellu kerana campur tangan dalam urusan MIC.   

"Kini masanya untuk membenarkan saya bertindak mengikut cara saya bagi mengangkat taraf hidup masyarakat India di negara ini," kata Palanivel.

Beliau mendakwa Samy Vellu adalah tangan tersembunyi yang menghasut mereka yang menentang beliau (Palanivel).

Sejak tercetus krisis dalam MIC, Palanivel menjadi sasaran kritikan tokoh-tokoh tertentu termasuk Samy Vellu. 

Palanivel disifatkan sebagai pemimpin yang tidak tegas dan tidak cekap.

MIC, Palanivel, Samy Vellu

Artikel Lain