Bukan 'Bailout'! Tanah TH Dapat Tawaran Harga Lebih Tinggi - PM - Semasa | mStar

Bukan 'Bailout'! Tanah TH Dapat Tawaran Harga Lebih Tinggi - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat Kampung Pirasan di Kota Belud, Ahad. -fotoBERNAMA
KOTA BELUD: Beberapa tawaran yang telah diterima untuk membeli tanah Lembaga Tabung Haji di Tun Razak Exchange menunjukkan pembelian yang dibuat oleh lembaga itu sebelum ini bukan untuk menyelamatkan (bailout) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Tabung Haji telah menerima tawaran bagi pembelian tanah itu pada kadar yang lebih tinggi.

"Menjual tanah itu kepada sektor swasta merupakan urusan komersial yang baik, membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh singkat.

"Jadi, ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Tabung Haji bahawa ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa Najib berkata kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji daripada 1MDB dipanjangkan.


Beliau berkata ini kerana isu itu telah diputar-belitkan untuk memperlihatkan seolah-olah dalam urusan itu Tabung Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan."

Pada Sabtu, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Tabung Haji mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tawaran daripada beberapa pembeli yang berminat.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain