suria

PRK Rompin: Calon Anak Tempatan Buang Undi

Hasan, (kanan) bersama isterinya Razidah.
ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin tiba di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong kira-kira pukul 8.24 pagi Selasa untuk membuang undi.

Hasan yang memakai baju batik berwarna biru ditemani isterinya, Datin Rozidah Karim dan anak-anaknya.

Sebelum memasuki pusat pengundian, Hasan sempat beramah mesra dengan pengundi yang selesai melaksanakan tanggungjawab mereka.

Hasan menentang calon PAS, Nazri Ahmad dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK Rompin.

Keputusan PRK Rompin akan diketahui seawal pukul 11 malam Selasa.

Beliau memberitahu akan melawat ke beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) selepas ini.

Hasan selesai menunaikan tanggungjawabnya di SK Leban Chondong, di sini kira-kira pukul 8.55 pagi.

Ketika ditemui pemberita selepas selesai membuang undi, Hasan bersyukur kerana proses pengundian berjalan  lancar.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Saya saran pengundi supaya keluar awal untuk mengundi," katanya.



Datuk Hasan Arifin, PRK Rompin

Artikel Lain