suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Myvi Bertembung Waja

KUALA LUMPUR: Tiga maut manakala empat lagi cedera apabila kereta yang mereka dinaiki bertembung di Jalan Kampung Merbau Sempak di Sungai Buloh, dekat sini, malam Jumaat.

Kejadian pukul 9.50 malam itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki empat penumpang dewasa dan lima kanak-kanak manakala kereta Proton Waja dinaiki dua penumpang dewasa dan dua kanak-kanak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Shamsideen berkata dua mangsa maut adalah daripada kerta Perodua Myvi manakala seorang lagi daripada kereta Proton Waja.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa berusia antara 27 dan 69 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke hospital berkenaan untuk bedah siasat.

maut, kemalangan, Sungai Buloh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain