suria

Polis Thailand Jejak 'Datuk' Rakyat Malaysia Kes Skim Piramid Haram

GEORGE TOWN: Polis Thailand sedang menjejaki tiga rakyat Malaysia termasuk seorang 'Datuk' yang didakwa menipu kira-kira 100,000 orang di seluruh dunia, termasuk beribu-ribu rakyat Thailand membabitkan hampir 20 juta baht (RM2.25 juta) melalui skim piramid.

Pasukan keselamatan negara itu sedang pihak yang menguruskan UFUN Store Co Ltd, termasuk ahli perniagaan berusia 40 tahun bernama 'Datuk Daniel' dan dua orang pengarahnya yang berumur 38 dan 42.

The Nation melaporkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan berikutan serbuan polis di ibu pejabat syarikat itu di daerah Bang Na di Bangkok baru-baru ini.
"
Empat eksekutif syarikat itu yang berumur 34 hingga 40 tahun ditahan baru-baru ini atas tuduhan penyelewengan demikian lapor akhbar harian Thailand berkenaan.

Ia juga memetik Penolong Ketua Polis Thailand, Lt Jeneral Suwira Songmetta sebagai berkata bahawa pihak berkuasa merampas beberapa komputer dan banyak dokumen yang boleh digunakan untuk mengaitkan eksekutif itu dengan aktiviti penipuan.

Sebuah kereta mewah termasuk BMW i8, beg tangan berjenama dan jam tangan mewah juga dirampas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain