suria

Saya Dan Najib Tak Bercakap Enam Bulan - Dr Mahathir

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bercakap dengan beliau selama enam bulan selepas bekas perdana menteri itu mempersoalkan kelewatan projek 'jambatan bengkok'.

Dr Mahathir, dalam satu temubual dengan portal berita Perak Today berkata Najib memberitahu beliau bahawa terdapat satu perjanjian diantara Malaysia dan Singapura berhubung Tambak Johor.

Katanya, Malaysia tidak boleh meneruskan projek di Tambak Johor sekiranya Singapura tidak bersetuju.

"Saya kata tunjukkan saya perjanjian itu. (Namun) tiada perjanjian seperti itu," kata Dr Mahathir.

Menurut Mahathir, Najib hanya bercakap dengan beliau semula apabila "Adnan Pahang" campur tangan, merujuk kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Mengulangi apa yang diperkatakannya dalam satu temubual yang dimuatnaik dalam blog Din Turtle, Dr Mahathir berkata jambatan tersebut adalah satu kebanggaan negara dan boleh dibina di sebelah Malaysia sekiranya Singapura tidak bersetuju untuk merobohkan Tambak Johor.


Dalam satu temubual bersama TV3 minggu lalu, Najib berkata serangan Dr Mahathir terhadap beliau mungkin disebabkan perbezaan pendapat mereka mengenai jambatan bengkok dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Artikel Lain