Hudud Bukan Isu Besar Pada PRK Permatang Pauh - Dr Afif - Semasa | mStar

Hudud Bukan Isu Besar Pada PRK Permatang Pauh - Dr Afif

GEORGE TOWN: Hukum hudud yang menjadi pertikaian antara DAP dan PAS, bukanlah isu besar yang perlu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sepanjang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin, sebaliknya berkata hukum hudud merupakan isu yang menjadi fokus media arus perdana sahaja.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata PKR dan dua rakan sekutunya (DAP dan PAS) dalam Pakatan Rakyat di peringkat negeri Pulau Pinang telah mencapai persetujuan bersama dalam mengetengahkan segala isu.

"Terdapat banyak isu...isu-isu yang lebih prihatin kepada orang ramai dan pengundi di Permatang Pauh," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada hukum hudud akan menjadi antara isu dalam kempen Pakatan Rakyat pada PRK Parlimen Permatang Pauh.

Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri turut mengulangi kenyataan bahawa DAP dan PAS telah memberi komitmen dan menyatakan sokongan terhadap calon yang bakal dipilih PKR pada pilihan raya kecil itu.

"Kami telah bertemu dan mengadakan mesyuarat. Bahkan Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir (dari PAS) Datuk Mohd Salleh Man akan mengepalai untuk DUN Permatang Pasir, untuk jentera PAS bantu PKR dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.   

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.   

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.

PRk Permatang Pauh , Hudud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Khidmat Seks Secara Membida Kalungan Bunga

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain