suria

Tiada Alasan Letak Jawatan Sebagai MB - Mukhriz

Mukhriz Mahathir.

JITRA: Tiada alasan kukuh untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata kedudukannya merupakan amanah yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa tiada sebab untuk saya melepaskan jawatan ini.

"Tidak ada masalah besar yang memerlukan saya untuk berbuat demikian," katanya dalam satu program pertanian di Kerpan dekat sini.

Mukhriz mengulas khabar angin yang tersebar di Internet kononnya beliau akan meletak jawatan pada 24 April ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah didesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin untuk meletak jawatan sekiranya enggan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib.

Beliau kemudiannya berkata Umno Kedah akan menyatakan pendiriannya terhadap kepimpinan Najib pada 24 April di Kuala Lumpur.

Najib diserang secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bapa Mukhriz.


Artikel Lain