suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UPSR Bocor: Dua Guru Sekolah Tamil Dibebaskan

SEREMBAN: Dua guru sekolah Tamil dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 secara tidak sah di Mahkamah Sesyen Seremban, Khamis.

L.Subarau @ Kamalanathan, 36 dari SJKT Ladang Batang Benar dan Murugan Palanisamy, 34 dari SJKT Ladang Lenggeng gembira apabila hakim, Jagjit Singh Bant Singh membacakan keputusan kes itu.

Kedua-dua tertuduh pada 5 November lalu dibicarakan untuk enam pertubuhan kerana memiliki maklumat rasmi dan berkongsi dengan lain hingga menyebabkan tiga kertas soalan UPSR bocor.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi yang boleh membawa kepada hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun.

Guru berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu antara 8 September dan 16 September iaitu ketika peperiksaan itu berlangsung.

Subarau didakwa dengan lima pertuduhan kerana memiliki kertas soalan Matematik bagi Kertas 1 dan 2, Bahasa Tamil (Karangan) dan Bahasa Tamil (Penulisan) dan Sains.

L.Subarau, UPSR, Ladang Batang Benar

Artikel Lain