suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Baling Molotov Cocktail Ke Sebuah Bank Didakwa

ALOR SETAR: Seorang penganggur berusia 38 tahun dihadapkan ke mahkamah majistret di sini Rabu berhubung serangan terhadap sebuah bank menggunakan molotov cocktail pada minggu lalu.

Chan Huat Chai, dari Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah, didakwa melakukan perbuatan khianat dengan niat menyebabkan kerosakan pada 8 April pada kira-kira pukul 4.05 petang di hadapan sebuah bank di Simpang Kuala di sini.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Majistret, Mohd Khairul Hafizudin menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Dilaporkan tindakan Chan itu bagi melepaskan kemarahan selepas gagal membuat pengeluaran wang RM10,000 selepas diberitahu akaunnya telah ditutup.


Molotov cocktail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain