suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar 10 Tahun Suspek H1N1 Meninggal Dunia

MELAKA: Pelajar tahun lima Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck, yang disyaki dijangkiti virus Influenza A atau H1N1, meninggal dunia pada tengah malam Selasa.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Datuk Ghazali Othman mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun berkata punca kematian pelajar lelaki berusia 10 tahun itu masih dalam siasatan.

"Diharap orang ramai tidak terburu-buru membuat kesimpulan berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Pelajar lelaki itu dirawat di sebuah hospital swasta di sini selepas dimasukkan ke wad akibat demam panas sejak Jumaat lepas dan berada dalam keadaan koma sebelum meninggal dunia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam malam tadi berkata jangkitan terhadap pelajar itu masih belum disahkan dan masa dua atau tiga hari diperlukan bagi menjalankan ujian untuk mengenal pasti jangkitan tersebut.

H1N1

Artikel Sebelum

Artikel Lain