suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Bangladesh Dicekup Di Kodiang

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh menerusi tindakan 'Ops Pintu' di Kampung Kandis, Kodiang awal Rabu.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata kelima-lima lelaki berumur antara 25 dan 35 tahun itu telah melakukan pelbagai kesalahan Imigresen antaranya memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Dalam kenyataan di sini, Mohamad Yusri berkata mereka kini ditahan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut.

Kodiang, Bangladesh

Artikel Lain