suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 5 Tahun Maut Tertimbus Baja, Lori Rempuh Rumah

Pasukan bomba dalam usaha menyelamatkan mangsa di tempat kejadian.

MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun maut tertimbus baja selepas sebuah lori yang membawa muatan itu merempuh sebuah rumah.

Kejadian tersebut turut menyebabkan seorang bayi berusia sebulan, ibu dan ibu saudaranya cedera.

Kanak-kanak lelaki itu dikenal pasti sebagai Ashraf Abdullah, ditemui tertimbus baja dalam insiden di Batu 8 Lebuh Raya Pan Borneo, tengah hari Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu mengesahkan budak lelaki itu ditemui mati pada kira-kira pukul 3.35 petang. 

Anggota bomba berjaya menyelamatkan bayi berkenaan, ibu berusia 35 tahun dan ibu saudara 45 tahun.

Pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut laporan awal, lori berkenaan hilang kawalan lalu merempuh ke sebuah rumah yang didiami mangsa.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu.

Artikel Lain