suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumat Idris Digantung Sebagai Ketua Umno Bahagian Sepanggar

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris digantung sebagai ketua Umno bahagian itu kerana didakwa menjejaskan imej parti tersebut.

Pergantungan itu dilapor telah diputuskan sejak dua minggu lalu oleh Lembaga Disiplin Umno.

Difahamkan, bagaimanapun Jumat diberi peluang untuk membuat rayuan berhubung tindakannya yang lantang mengkritik pimpinan Umno negeri tersebut.

Setiausaha Kerja Umno Sabah, Kadzim Yahya ketika dihubungi mengesahkan bahawa Perhubungan Umno Sabah belum menerima sebarang notis mengenai pergantungan itu dari ibu pejabat.

Pada Januari lalu, Setiausaha Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin bersama Naib Ketua Pemuda, Shahelmy Yahya dan Ketua Puteri, Normalah Sidek menggesa Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap Jumat kerana menjejaskan imej parti.

Jumat dilapor telah mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman secara terbuka di laman sosial Facebooknya.

Jumat Idris

Artikel Sebelum

Artikel Lain