suria

Dewan Ulama PAS Dapat Lampu Hijau Adakan 'Himpunan Derita Rakyat'

Zainol Samah.

KUALA LUMPUR: Polis memberi kelulusan kepada Dewan Ulama PAS untuk mengadakan 'Himpunan Derita Rakyat' pada Sabtu ini bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, polis akan membenarkan pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Wakil Dewan Ulama PAS, Nasruddin Hassan Tantawi telah berjumpa dengan saya di ibu pejabat kita pada kira-kira pukul 2.30 petang semalam (Isnin).

"Satu notis telah diberikan kepada kita pada 31 Mac lalu, dan saya menerimanya pada Jumaat lepas," katanya.

Tambah Zainol, pihak polis tidak menerima sebarang bantahan apabila notis bagi memaklumkan mengenai perhimpunan diadakan di kawasan itu.

"Kita jangka kira-kira 3,000 sehingga 5,000 orang akan berhimpun di Padang Merbok pada Sabtu ini.

"Kita tidak akan menutup mana-mana jalan," katanya sambil menambah bahawa polis akan memastikan keselamatan orang ramai.

Artikel Lain