suria

RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 tanpa pindaan.

RUU berkenaan merupakan salah satu akta baharu yang digubal kerajaan bagi membendung aktiviti jenayah di negara ini.

Pada awal pagi Selasa, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 selepas dibahaskan lebih 12 jam.

Akta baharu ini antara lain memperuntukan kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Imigresen untuk menggantung atau membatalkan semua dokumen pejalanan Malaysia yang dikeluarkan kepada seseorang individu.

Berdasarkan Fasal 5 akta itu, dokumen perjalanan Malaysia milik seseorag boleh digantung dan dibatalkan bagi mencegah individu berkenaan membuat perjalanan ke luar negara untuk terlibat dengan perbuatan atau menyokong aktiviti keganasan.

Dinyatakan juga bahawa mana-mana individu yang dokumen perjalanannya digantung atau dibatalkan tidak boleh memperoleh dokumen perjalanan gantian atau sementara semasa perintah penggantungan atau pembatalan berkuat-kuasa.

Selain itu berdasarkan Fasal 6 dan 7 akta yang sama,  memberi kuasa kepada menteri atas permintaan Ketua Polis Negara untuk memerintahkan penyerahan dokumen perjalanan asing seseorag itu bagi tempoh 14 hari.

Artikel Lain