suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengganas Rancang Wujud Rejim IS Di Malaysia - KPN

Khalid Abu Bakar.
KUALA LUMPUR: Semua 17 individu yang ditahan polis pada Ahad merancang untuk mewujudkan sebuah rejim kumpulan militan Negara Islam (IS) di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata untuk mencapai misi mereka, kumpulan pengganas itu merancang untuk menculik orang kenamaan (VIP) dan merompak bank bagi membiayai aktiviti militan mereka.

"Kami menerima maklumat bahawa mereka juga merancang untuk menyerang beberapa kem tentera dan balai polis untuk memperolehi senjata api.

"Antara lokasi yang dikenal pasti sebagai sasaran kumpulan tersebut adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Selasa.

Khalid berkata antara 17 yang ditahan itu dua daripada mereka merupakan anggota tentera dan seorang ahli militan dari Indonesia dipercayai bekas ahli kumpulan Jemaah Islamiah.

Artikel Berikut

Artikel Lain