suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Semenyih: Juruterbang, Helikopter Dapat Pengesahan Untuk Terbang

Datuk Seri Liow Tiong Lai
PUTRAJAYA: Helikopter yang terhempas di Semenyih pada Sabtu dan mengorbankan kesemua  enam penumpangnya telah mendapat pengesahan untuk terbang pada bulan Februari.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata helikopter Dauphin 2 AS365 (9M-IGB) telah menjalani penyelenggaraan pesawat pada 29 Januari tahun ini diikuti dengan ujian penerbangan pada 9 Februari.

"Pesawat itu mempunyai sijil yang sah bagi kelayakan terbang di bawah Kategori Persendirian yang kali terakhir diperbaharui pada 14 Februari dan sah sehingga 8 Februari 2016.


"Ia disahkan berada dalam keadaan baik," katanya ketika sidang akhbar, Ahad.

Beliau berkata pesawat itu dibuat pada tahun 1990 oleh Airbus Helicopter  atau sebelum ini dikenali sebagai Eurocopter France.

"Bagi juruterbang, Clifford William Fournier Jr, beliau memegang lesen yang sah yang diberikan untuk jenis pesawat ini sejak 2012.

"Beliau telah terbang sejak tahun 2002 dengan pengalaman hampir 13 tahun.



Artikel Lain