suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Gerabak KTMB Tanpa Muatan Tergelincir Dari Landasan

- Gambar hiasan
JOHOR BAHARU: Lapan gerabak tanpa muatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir dari landasan di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang di sini, awal hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh berkata kejadian kira-kira 4 pagi itu berlaku ketika keretapi kargo berkenaan dalam perjalanan dari arah Taman Pasir Putih di sini menghala ke Pelabuhan Pasir Gudang.

"Kejadian tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda awam," katanya dalam kenyataan Ahad.

Abdul Samad berkata kejadian itu menyebabkan halangan lalu lintas di kedua-dua arah Jalan Pekeliling sehinggalah kerja memindahkan gerabak selesai dijalankan.

Difahamkan, kerja pemindahan itu bermula pada 11 pagi dan selesai beberapa jam kemudian.
KTMB, gerabak tergelincir

Artikel Lain