suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Perempuan Cukup Sifat Dijumpai Dalam Masjid

- Gambar hiasan
SETIU: Seorang juruelektrik bersama anggota keluarganya terkejut selepas menemui sebuah bungkusan yang mengandungi seorang bayi perempuan ketika singgah menunaikan solat Zohor di sebuah masjid di Merang di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata dalam kejadian hampir pukul 4 petang itu, pengadu Muhamad Faudzan Isa, 37 telah terlihat satu bungkusan berbalut dengan kain di sebelah sudut kanan masjid ketika masuk ke ruang solat.

"Curiga dengan bungkusan tersebut, pengadu lantas memeriksa dan merungkai kain tersebut sebelum menemui seorang bayi perempuan yang cukup sifat dalam bungkusan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Katanya pengadu terus mengambil bayi malang berkenaan dengan membawanya ke Balai Polis Penarik, dekat sini untuk tindakan lanjut.
Ab Rahman berkata bayi itu telah dibawa ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut dan laporan awal pihak hospital percaya bayi tersebut baru dua hari dilahirkan.

Justeru pihaknya kini sedang giat mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan siasatan sedang giat dilaksanakan.

Artikel Lain