suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkhidmatan Monorel Ditangguh Sementara

Asap tebal menyelubungi gerabak Monorel berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Monorel Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah tayar getah monorel empat gerabak terbakar di stesen Titiwangsa pagi Isnin menyebabkan perkhidmatan monorel di bandar raya ini digantung sementara mulai pukul 8.50 pagi.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail Line, Abdul Hadi Amran berkata tiada sebarang penumpang di dalam tren itu semasa kejadian.

"Kebakaran dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran itu menyebabkan asap tebal menyelubungi stesen bertingkat berkenaan.

Penggantungan sementara perkhidmatan turut berpunca daripada insiden kedua apabila sebuah tren dua gerabak terdampar antara stesen Imbi dan Bukit Bintang ekoran masalah teknikal.

Tren penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan menolak tren yang tersangkut itu ke stesen Imbi sebelum penumpang turun.

"Rapid Rail sedang melakukan siasatan dalaman atas kedua-dua insiden tersebut dan memohon maaf dengan kerumitan yang ditimbulkan," kata Abdul Hadi.

rel, stesen Titiwangsa

Artikel Lain