Tolak Hudud, DAP Jatuh Ke Dalam Perangkap BN - Nik Abduh - Semasa | mStar

Tolak Hudud, DAP Jatuh Ke Dalam Perangkap BN - Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PETALING JAYA: PAS mendakwa tindakan sekutunya DAP menolak sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ibarat telah jatuh ke dalam perangkap Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata alasan DAP yang mempertahankan sekularisme negara sebenarnya adalah usaha memperteguhkan kembali ideologi sekular BN yang semakin lemah.

"DAP telah masuk ke dalam perangkap Umno BN kerana bertegas menolak hak demokratik rakyat Kelantan.

"Apa yang mereka lakukan adalah untuk memperteguhkan kembali binaan ideologi sekular BN," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata PAS akan terus berjuang menegakkan ajaran Islam walaupun bertentangan di antara sekularisme negara dan Islam sebagai agama rasmi akan berterusan.

"PAS akan terus berjuang mengembalikan umat Islam kepada kefahaman asal dan benar bahawa Islam adalah satu agama dalam erti kata yang sebenar iaitu satu sistem kehidupan.

"Maka Islam sebagai agama rasmi mestilah difahami dari agama itu sendiri, bukan dari kaca mata penjajah barat yang memahaminya secara salah," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.

Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh, menyokong rang undang-undang berkenaan.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz , PAS , DAP , hudud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain