suria

OCPD Kemaman Masih Kritikal Namun Stabil Akibat Nahas

Che Suza Che Hitam.
KUANTAN: Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam dilapor masih kritikal namun stabil selepas menjalani pembedahan pagi Sabtu setelah terlibat dalam kemalangan pada Jumaat.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata Che Suza selamat menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pukul 5.40 pagi.

"Namun beliau kini masih tidak sedarkan diri di wad Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Beliau berkata isteri Che Suza, Mazlina Mokhtar turut stabil di wad kecemasan.

Pasangan suami isteri ini terbabit dalam nahas di KM 269.4, Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Cheneh dekat sini pada pukul 8.45 malam ketika dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala Kuantan.

Kenderaan mereka dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

nahas, Che Suza Che Hitam

Artikel Lain