suria

Seorang Maut, Empat Cedera Kereta Langgar Kerbau

ALOR SETAR: Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas kereta dinaiki lima sahabat itu melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan di Km22.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, Muhamad Amirul Abdul, 19, yang berasal dari Kuala Nerang mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kereta itu.

Katanya, pemandu kereta itu dan seorang lagi penumpang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan manakala dua lagi penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Beliau berkata, ketika kejadian kelima-lima lelaki itu dalam perjalanan dari Alor Setar menghala ke Bukit Kayu Hitam.

maut, kerbau, kemalangan

Artikel Berikut

Artikel Lain