suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden Majlis Peguam Akan Dipanggil Polis

Christopher Leong.
PETALING JAYA: Bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong akan dipanggil polis berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan mengelirukan, dipercayai berkaitan kenyataan terhadap institusi kehakiman.

Dalam satu tweet yang ditulis Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar lewat malam Jumaat berkata, laporan polis telah dibuat terhadap peguam tersebut.

“@PDRMasia sahkan terima lapuran re-statement yg berunsur menghasut dan mengelirukan Rakyat oleh Christopher Leong. Kita akan panggil CL," tulis Khalid di Twitternya.

Leong dikritik sesetengah pihak kerana mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 'dianiaya' oleh Mahkamah Persekutuan.

Tindakan polis terhadap Leong dipercayai dibuat susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang memberitahu Parlimen pada Khamis bahawa pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan terhadap beliau kerana tiada laporan polis dibuat.

Christopher Leong, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Lain