suria

Mat Sabu Ditahan

Mat Sabu.
SEBERANG JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan pada malam Jumaat ketika sedang makan malam di sebuah restoran di sini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dibawa ke balai polis Seberang Jaya.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang ditemui di luar balai polis berkata beliau tidak dibenarkan untuk bertemu Mat Sabu.

"Saya berada di sini untuk menyerahkan ubat-ubatannya tetapi tidak dibenarkan masuk ke dalam.

"Kami tidak pasti mengapa beliau ditahan tetapi kami fikir ia adalah dibawah Akta Hasutan kerana beliau akan menghadiri perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu," katanya.

Perhimpunan #KitaLawan yang pertama diadakan pada 7 Mac di luar perkarangan pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Perhimpunan pada Sabtu juga dijangka diadakan untuk mencetuskan huru-hara pada majlis resepsi anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkahwin dengan warga Uzbekistan, Daniyar Kessikbayev pada minggu lalu.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.

Perhimpunan #KitaLawan diadakan bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan kes liwat.

Mat Sabu, #KitaLawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Semua Buku Sifar CBP

Artikel Lain