suria

Semua Buku Sifar CBP

PETALING JAYA: Kerajaan mengkategorikan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bagi semua jenis buku dalam usaha untuk menggalakkan tabiat di kalangan rakyat.

Keputusan itu disambut baik oleh penjual buku, syarikat penerbitan dan golongan pembaca.

Pemain utama dalam industri buku berkata keputusan tersebut akan membantu meningkatkan budaya membaca di negara ini.

"Kami amat gembira," kata Presiden Persatuan Penjual Buku Malaysia, Keith Thong.

Pada mulanya, Arahan CBP 2014 menyatakan bahawa kamus, ensiklopedia, bahan rujukan dan buku agama dikategorikan berkadar sifar CBP manakala kadar CBP 6% akan dikenakan terhadap buku bacaan umum termasuk karya fiksyen.

Kementerian pada Rabu memutuskan status sifar CBP akan dikenakan terhadap semua jenis bahan bacaan. 

Bagaimanapun, majalah akan dikenakan CBP 6%.

Manakala surat khabar pula sudah dikategorikan sifar CBP.

"Kerajaan berharap selepas pengumuman tersebut, semua bahan bacaan dikategorikan sifar CBP tidak akan naik harga dan ini akan meningkatkan tabiat membaca di kalangan rakyat," menurut kenyataan dikeluarkan kementerian tersebut.

Thong berkata keputusan kementerian itu melegakan semua pihak yang terlibat.

"Kerajaan mendengar luahan pemain industri dan orang ramai. Mereka melakukan perkara yang betul," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Arief Hakim Sani Rahmat turut menyatakan rasa gembira terhadap keputusan tersebut.

"Ini berita gembira. Saya agak sedih walaupun e-buku tidak tersenarai. Pada pendapat saya buku dalam apa jua format masih dikategorikan sebagai buku.

"Saya berharap e-buku akan turut tersenarai dibawah kategori sifar CBP," katanya.

Arief yang juga Pengarah Urusan Syarikat Penerbitan & Pengedaran PTS Sdn Bhd, berkata syarikatnya akan melakukan beberapa perubahan yang perlu terhadap sistemnya apabila pengumuman itu diwartakan.

Kon Onn Sein, bapa kepada dua orang anak perempuan yang gemar membaca berkata, sekiranya CBP dikenakan terhadap buku, ia akan menghalang dan menjejaskan pembelajaran.

"Ia akan bertentangan dengan objektif Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan," katanya.

Beliau berkata, anaknya yang masing-masing berusia 10 dan 14 tahun turut membeli banyak buku rujukan.

Cecilia Ng, 46, ibu kepada dua murid sekolah rendah menyambut baik langkah mengkategorikan semua jenis buku sebagai sifar CBP.

"Saya membelanjakan kira-kira RM500 untuk membeli buku kepada anak perempuan saya. Dari kedai buku ke rumah kami, anak-anak saya akan membaca sekurang-kurangnya dua buku.

“Pembelian buku adalah perbelanjaan wajib bulanan saya dan ia akan menjimatkan antara RM30 dan RM40 sebulan sekiranya CBP dimansuhkan, dan ia jumlah yang agak tinggi," katanya.


buku, CBP

Artikel Sebelum

Mat Sabu Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Lain