suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Digilis Bas Tiba-Tiba Berundur

PETALING JAYA: Seorang pelancong dari Taiwan maut selepas digilis sebuah bas persiaran yang tiba-tiba berundur.

Insiden kira-kira 8.20 pagi itu berlaku dekat sebuah hotel di sini.

Mangsa, seorang lelaki tua dikatakan berjalan menuju ke bas tersebut yang diletakkan di luar lobi hotel itu.

Namun, menurut saksi, bas tersebut yang diletakkan di kawasan berbukit tiba-tiba berundur.

"Semua orang berjaya menyelamatkan diri kecuali lelaki itu," kata saksi.

Difahamkan lelaki tersebut melancong bersama keluarganya dalam sekumpulan pelancong dari Taiwan.
maut, bas

Artikel Berikut

Artikel Lain