suria

Hudud: Berilah Masa, Ruang Kepada PM Untuk Buat Keputusan - Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi peluang mendengar semua pandangan sebelum membuat sebarang kenyataan kerana ia merupakan keputusan penting bagi negara.

"Saya berpendapat beliau tidak perlu tergesa-gesa membuat kenyataan berdasarkan apa yang beliau rasa kerana beliau juga perlu mendengar daripada rakyat, termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak, NGO (badan bukan kerajaan), bukan Melayu dan ulama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan belia 'What Youth Should Know' di sini Sabtu.

Beliau berkata kabinet juga sedang membincangkan tentang hudud dan semua anggota memberi pendapat serta idea mengenainya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata walupun negara ini sedang berdepan dengan beberapa isu, tiada siapa patut memberi ruang kepada suara pelampau, tetapi sebaliknya, memberi tempat kepada suara kesederhanaan.
hudud, Najib Tun Razak

Artikel Lain