Empat Cabaran Baharu Perlu Ditangani PDRM - Najib - Semasa | mStar

Empat Cabaran Baharu Perlu Ditangani PDRM - Najib

Najib ketika memeriksa perbarisan sempena sambutan Hari Polis Ke-208 di Padang Kawad Pulapol, Rabu.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyenaraikan empat cabaran baharu yang perlu ditangani Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, merangkumi pengurangan jenayah, keganasan, pencerobohan dan media sosial.

Perdana Menteri berkata, cabaran terkini tersebut seharusnya diberikan respons oleh pasukan keselamatan itu dengan cara serba boleh dan fleksibel.

"Cabaran kita sudah tentunya hendak kurangkan kadar jenayah kerana jenayah indeks mencatatkan penurunan sebanyak 12.6 peratus pada 2014 berbanding 2013.

"Cabaran baharu lain adalah extremisme keganasan dalam bentuk ancaman kumpulan seperti IS (Negara Islam) dan kumpulan yang tidak ada perasaan berperikemanusiaan tetapi akan melakukan apa sahaja di atas kefahaman mereka yang songsang, maka kita perlu bertindak," katanya pada majlis sambutan Hari Polis Ke-208 bertemakan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Rabu.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Najib berkata, sehubungan itu Akta Pencegahan Keganasan (Pota) akan dibentangkan di Parlimen untuk mencegah keganasan dan menjaga keselamatan negara.

"Kita juga mementingkan soal hubungan antara kaum dan agama, oleh itu kita akan memperkukuhkan Akta Hasutan," katanya.

Selain itu, katanya, pencerobohan di kawasan Esszone iaitu Esscom juga perlu diberikan perhatian secara serius.

"Kita tidak tahu apa yang boleh berlaku, kita tak boleh meramalkannya. Tetapi bila kita meletakkan anggota kita pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi, InsyaAllah kita dapat menghindarkan ancaman yang pernah berlaku lebih dua tahun lalu daripada berulang," katanya yang merujuk kepada insiden Lahad Datu di Sabah.

Beliau turut memberitahu mengenai 'permainan' media sosial yang menghasut antara kaum dan agama sehingga boleh menganggu ketenteraman awam.

"Inilah ancaman baharu yang saya percaya PDRM boleh respons dengan versatility untuk menghadapi cabaran baharu," katanya.

PDRM , Najib Razak , IS , Pulapol , Hari Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain