suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lori Terbakar, Dua Anggota Bomba Cedera Terkena Letupan

KUCHING: Sebuah lori 11 tan yang membawa muatan pelbagai barangan hangus terbakar dalam kejadian dekat, Pantu, Sri Aman, kira-kira 100 kilometer dari sini awal pagi Rabu.

Menurut jurucakap bomba kejadian itu turut mengakibatkan dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman cedera terkena letupan ketika sedang memadam kebakaran.

"Pada 2.48 pagi, enam anggota bomba diketuai Pegawai Kanan Bomba, Jilin Itar dengan sebuah jentera jenis Scania dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 53 kilometer sebaik menerima panggilan.

"Jentera pertama tiba pada 3.35 pagi dan berjaya mengawal kebakaran 10 minit minit kemudian.

"Kedua-dua anggota bomba berkenaan kini berada di Hospital Sri Aman dan berada dalam keadaan stabil," katanya.-- Bernama

Pantu, letupan, Sri Aman, Jilin Itar

Artikel Lain