suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Pertikai Pendirian DAP Tolak Hadi

Dr Siti Mariah Mahmud.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Raja (PAS), Dr Siti Mariah Mahmud mempersoalkan pendirian DAP untuk mengekalkan kerjasama bersama PAS tetapi pada masa sama memutuskan hubungan dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ini adalah berita kepada saya. Saya tidak tahu. Adalah sukar untuk memutuskan hubungan dengan kepala tetapi anda ingin meneruskan (hubungan) dengan ekornya," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata tindakan tersebut akan mewujudkan dilema di dalam pakatan rakyat dan ia memerlukan perbincangan lanjut di kalangan pemimpin parti.

Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa berkata disebalik keputusan DAP itu, PAS masih boleh bekerja dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

"Tanpa mengira sebarang perbuatan seorang pemimpin PAS, kami masih dalam rangka kerja itu. Sekiranya terdapat seorang atau dua pemimpin di dalam PAS yang DAP tidak suka, ini bermaksud keseluruhan organisasi akan terjejas," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata DAP tidak boleh memutuskan hubungan dengan presiden parti itu.

"Mereka tidak boleh putuskan hubungan dengan seorang pemimpin di dalam parti kerana Hadi mewakili PAS di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang mereka katakan mempunyai maksud tersirat.

"Daripada apa yang saya faham, mereka mahu memberi tekanan dalam kalangan ahli PAS untuk menolak Hadi. Saya mahu DAP untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut," katanya.


Artikel Lain