suria

Hudud: Kerabat Diraja Kelantan Tak Terkecuali

KUALA LUMPUR: Kerabat diraja Kelantan tidak akan terkecuali daripada pelaksanaan hukum hudud apabila undang-undang Islam itu dilaksanakan di negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Pasir PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 jelas menyebut bahawa pelaksanaannya akan terpakai kepada orang Islam yang melakukan kesalahan di Kelantan.

”Kenyataan itu jelas bahawa ia hanya untuk orang Islam sahaja. Jadi mana-mana orang Islam yang melakukan kesalahan di Kelantan tidak akan terkecuali…ia sangat jelas.

“Orang Johor kalau buat jenayah di Kelantan pun tak terlepas,” katanya ketika ditemui di bangunan di Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai skop undang-undang Islam yang diperjuangkan PAS di Kelantan sama ada ia tidak terpakai kepada kerabat diraja di negeri itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen dalam sesi persidangan yang sedang berlangsung yang akan berakhir pada 9 April ini.

Jika diluluskan, ia akan membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasakan hudud di negeri itu.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain