suria

Anwar Muncul Di Mahkamah Permohonan Rayuan Gugur Peguam

Anwar sempat bertemu isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah, anak-anak dan cucu-cucunya di mahkamah, Selasa. -foto FB PKR
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur, sebulan selepas kali terakhir beliau muncul di khalayak awam.

Beliau hadir di Mahkamah Syariah berhubung permohonan rayuan menggugurkan peguam, Datuk Zainul‎ Rijal Abu Bakar yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali, berkaitan kes qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Ramai anggota polis dan media menunggu di mahkamah.

Sekumpulan kecil penyokong telah menunggu ketibaan Anwar di luar mahkamah sejak jam 7.30 pagi Selasa.

Penasihat PKR itu yang diiringi oleh pegawai-pegawai penjara, akhirnya tiba kira-kira jam 10 pagi, dengan pihak media berasak-asak untuk merakamkan gambar beliau.

Anwar memakai baju kemeja dan seluar hitam.

Turut serta adalah ahli keluarga dan penyokongnya, yang memenuhi ruang mahkamah.

Bulan lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful pada 2008.

Ketua Pembangkang kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.

Artikel Lain