suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Daripada Suruh Orang Keluar, Lebih Baik DAP Keluar Pakatan"

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: "Lebih baik DAP yang keluar Pakatan Rakyat," demikian tegas seorang wakil rakyat PAS apabila rakan sekutu gabungan pembangkang itu mengumumkan pendirian memutuskan huhungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, undang-undang berkaitan hudud yang diperjuangkan PAS tidak boleh dijadikan alasan yang menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat (PR).

"Daripada suruh orang keluar, baik DAP sendiri keluar...itu lagi senang. Kita dah buat pendirian tak akan tinggalkan Pakatan.

"Enakmen hudud tak boleh dijadikan alasan pakatan berpecah kerana ia bukan undang-undang yang zalim. Kalau DAP kata ini punca perpecahan, itu salah DAP," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa supaya Presiden PAS meninggalkan PR jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung hudud di Dewan Rakyat.

Selain itu, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan tindakan DAP yang hanya memutuskan hubungan dengan  Hadi dan bukannya PAS secara keseluruhannya sebagai 'tekanan luar' kepada pemimpin nombor satu parti Islam itu.

"Ia tekanan supaya dalaman PAS bergolak. Ia dilihat sebagai tekanan dari luar PAS kepada ahli PAS supaya menolak Hadi ketika parti ini bakal berhadapan pemilihan.

"Tindakan ini jelas menunjukkan DAP mencampuri urusan dalaman PAS," katanya.



Artikel Lain