suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairy, Nori Sambut Kelahiran Anak Ketiga

KUALA LUMPUR: Nori Tun Abdullah, isteri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, hari ini selamat melahirkan cahaya mata ketiga pasangan itu, seorang bayi lelaki.

Berkongsi berita gembira itu dalam akaun Twitter beliau, Khairy berkata anak lelakinya itu dilahirkan pada 3.53 petang.

"Raif 'Leo' Averroes Jamaluddin Abu Bakar. Selamat berjaya menulis nama munanti di sekolah, anak lelaki ku!," tweet Khairy dan turut memuat naik gambar bayinya itu.

"Saya tidak tahu tentang jantinanya sehingga dilahirkan. Ia anak lelaki!,"katanya dengan bangga.

Nori ialah anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawidan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005. 

Berkahwin pada 2001, Khairy dan Nori sudah mempunyai dua anak lelaki -Jibreil Ali dilahirkan pada 2007, dan Timor Abdullah, setahun kemudian.

Khairy Jamaluddin

Artikel Lain