suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MyCuaca Aplikasi Terkini Amaran Gempa Bumi, Tsunami - MetMalaysia

PUTRAJAYA: Mulai sekarang, orang ramai boleh menggunakan aplikasi mudahalih MyCuaca untuk mendapat maklumat serta merta mengenai ramalan cuaca harian, amaran gempa bumi dan tsunami.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail berkata, aplikasi ini dapat memberi maklumat cuaca yang pantas dan tepat menerusi telefon pintar.

“MyCuaca merupakan platform untuk orang ramai mendapatkan segala maklumat dan amaran cuaca di Malaysia dengan lebih mudah dan cepat.

“Aplikasi ini juga akan meningkatkan kemudahan, kecekapan dan ketelusan sistem penyampaian maklumat kepada rakyat melalui pengunaan teknologi aplikasi mudah alih ini,” katanya.

Aplikasi dibangunkan MetMalaysia itu terdapat di App store dan Android Play Store pada telefon pintar.

Ia dilancarkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin sempena sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2015 bertemakan Iklim : Pengetahuan untuk Tindakan.

Che Gayah berkata, aplikasi itu dibangunkan pihaknya pada Disember lalu dan dilancarkan selepas yakin dengan keberkesanannya.

Sementara itu, Ewon berharap rakyat Malaysia dapat memanfaatkan teknologi yang disediakan untuk mendapat maklumat terkini.

“Dalam era kemajuan teknologi maklumat, pelbagai cara boleh digunakan dan saya harap orang ramai memanfaatkan aplikasi ini,” katanya

 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain