suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Beri Penghormatan Kepada Mendiang Lee Kuan Yew

Najib mengucapkan takziah di atas kematian bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada Lee Kuan Yew, perdana menteri pengasas Singapura yang meninggal dunia pagi Isnin, dengan memuji kesungguhan pemimpin itu dalam membangunkan republik itu daripada sebuah negara baharu kepada sebuah bandar raya yang moden dan dinamik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Najib berkata, beliau sedih mendengar berita kematian Kuan Yew.

Kuan Yew, bapa kepada Perdana Menteri Singapura Hsien Loong, meninggal dunia pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura di mana beliau dimasukkan ke hospital itu pada 5 Februari kerana radang paru-paru yang teruk. Beliau berusia 91 tahun.

"Ingatan dan doa saya bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan keluarga.

"Saya memberi penghormatan kepada kesungguhan Tuan Lee Kuan Yew dalam membangunkan Singapura daripada sebuah negara baharu kepada bandar raya yang moden dan dinamik kita lihat hari ini," katanya.

Najib berkata ,Malaysia komited kepada masa depan hubungannya dengan Singapura.

Beliau berkata, Malaysia juga komited kepada keamanan, kestabilan dan berkongsi kemakmuran antara kedua buah negara dan dalam kalangan Asean secara keseluruhannya.

Dalam catatan Facebooknya, Najib menyifatkan pencapaian Kuan Yew sebagai hebat dan legasinya tetap terpelihara.

Perdana Menteri Hsien Loong mengisytiharkan tempoh berkabung negara mulai Isnin (23 Mac) hingga Ahad (29 Mac) dan sebagai tanda penghormatan, bendera negara dikibarkan separuh tiang.-- Bernama

Artikel Lain