suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

#KitaLawan: Tian Chua Dibebas

Tian Chua.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pada Sabtu dibebaskan selepas permohonan polis untuk melanjutkan reman terhadap beliau ditolak.

Difahamkan, beliau dibebaskan pada pukul 12.25 tengah hari.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Tian Chua dibebaskan serta-merta tanpa sebarang jaminan.

"Majistret telah menolak permohonan polis untuk melanjutkan tahanan reman terhadap YB (Yang Berhormat) Tian Chua," katanya.

Tian Chua yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan polis pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan haram #KitaLawan di ibu negara baru-baru ini.

Perhimpunan #KitaLawan diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tian Chua, KitaLawan

Artikel Lain