suria

Mayat Mangsa Gas Bocor Dijangka Tiba Tiga Hari Lagi

Tee Siew Kiong.

JOHOR BARU: Mayat lima ahli perniagaan yang maut dalam kejadian kebocoran gas pangsapuri di Nanning, China dijangka diserahkan kepada keluarga masing-masing dalam tempoh tiga hari lagi.

Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, China perlu mengesahkan identiti mayat ahli perniagaan Johor itu sebelum bedah siasat dijalankan pada Sabtu.

"Pihak berkuasa China memberi kerjasama sepenuhnya dengan membantu ahli keluarga mangsa yang tiba pada malam Rabu.

"Saya turut berhubung dengan mereka (ahli keluarga) dan pihak berkuasa China di Nanning untuk memastikan mereka dalam keadaan baik sepanjang berada di sana," katanya.

Terdahulu, dilaporkan sekumpulan ahli perniagaan berkenaan yang bercuti di Nanning maut ketika tidur kerana kebocoran gas di apartmen itu pada 15 Mac.

Lima ahli perniagaan itu dikenal pasti ialah Chin Yoke Weng yang berusia 61 tahun, Seah Foo Heng (48), Tay Chong Chai (42), Tan Bian Chiang (41), dan Ng Wei Shan (28).

Selain itu, isteri Foo Heng, Lim Ching Ling, 46, yang berada dalam keadaan kritikal di hospital dilaporkan telah sedar.

Tee Siew Kiong, Nanning, gas

Artikel Sebelum

Artikel Lain