suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Masih Bersama Pakatan Pembangkang - Hadi Awang

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehingga kini PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat dan tindakan menentang yang diterima berhubung rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi.

"Kerjasama dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan dasar parti. Kami tidak menyentuh agama dan hak mereka, jadi mereka juga tidak sepatutnya menyentuh agama kita.

"Apa yang penting adalah kami mengemukakan (rang undang-undang hudud) itu secara demokratik melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan melakukan pembentangan kepada umum dalam seminar yang melibatkan semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di sini hari ini.


Beliau mengulas desakan DAP supaya tindakan diambil terhadap PAS selain meminta PR menggantung kerjasama dengan parti itu sebagai tanda protes kerana meluluskan enakmen hudud Khamis.

Artikel Lain