suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Meninggal Dunia Tersedak Susu

- Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Jalan Kilang Tebu di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini kira-kira pukul 6 pagi sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8 pagi dan mayat bayi tersebut dihantar ke Jabatan Forensik hospital untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Lain