Jabatan Penjara Tolak Permohonan Keluarga Anwar - Semasa | mStar

Jabatan Penjara Tolak Permohonan Keluarga Anwar

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar

PETALING JAYA: Jabatan Penjara pada Isnin mengesahkan permohonan yang dibuat oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu hadir ke sidang Parlimen ditolak.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, permohonan tersebut dibuat sebelum ini oleh anak Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Tetuan Daim & Gamany.

"Saya selaku Komisioner Jeneral Penjara (Ketua Pengarah) telah membuat pertimbangan dan memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan berkenaan berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995.

"Saya dengan ini mengesahkan surat penolakan telah dihantar kepada pemohon pada Rabu lalu, 4 Mac 2015," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Rabu lalu dilaporkan bahawa peguam Anwar, N. Surendran berkata, pihaknya menerima surat daripada Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar yang memaklumkan mengenai permohonan itu tidak diluluskan.

Persidangan Dewan Rakyat bermula pada 9 Mac hingga 9 April depan.

Anwar ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Bagaimanapun Dewan Rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana menunggu proses keputusan Yang Di-Pertuan Agong terhadap rayuan pengampunan Diraja yang dibuat oleh ahli keluarganya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam kenyataan pada 24 Februari lalu menyatakan kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan ditentukan selepas petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan Penjara , Dewan Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain