suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perompak Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

KUALA LUMPUR: Seorang perompak maut selepas ditembak ketika mangsa bersama tiga rakan merompak sebuah premis pengurup wang di sebuah kompleks membeli-belah di sini pada Isnin.

Dalam kejadian pada pukul 11 itu, mangsa yang berusia 30 tahun bersama tiga rakan bertindak merempuh sebuah premis pengurup wang dengan cara mengundur sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberitahu, dua daripada empat suspek yang bersenjatakan parang telah memasuki premis tersebut yang rosak dirempuh.

Jelasnya, suspek kemudian melarikan sejumlah wang yang belum diketahui jumlahnya setakat ini.

"Ketika suspek cuba melarikan diri, mereka telah ditembak oleh pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu.

"Daripada tiga das yang dilepaskan, sebutir peluru terkena pada dada seroang daripada perompak.

"Melihat rakan yang ditembak,  perompak terbabit kemudian melarikan diri menaiki sebuah motosikal yang ditinggalkan berhampiran," kata Zainuddin.

Tambahnya, kenderaan yang digunakan untuk merempuh premis berkenaan dilaporkan telah dicuri di Jinjang pada tahun lalu.


 
Perompak, Maluri

Artikel Lain