suria

#KitaLawan: Nik Nazmi Ditahan Reman Sehingga Rabu

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah ditahan reman bagi membantu siasatan perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, Nik Nazmi ditahan reman sehingga Rabu ini.

"Kami juga merekodkan kenyataan beliau sebelum tangkapan dibuat. 

"Kami berharap ia dapat membantu siasatan polis berkaitan dengan perhimpunan Sabtu lalu," kata Zainuddin ketika dihubungi pada Isnin.

Nik Nazmi ditahan pada Ahad selepas kenyataan beliau direkodkan.

Ini merupakan kali kedua Nik Nazmi ditahan pada tahun ini berkaitan dengan perhimpunan haram.

Februari lalu, polis turut menahan ADUN Seri Setia ini di rumahnya di Denai Alam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk disoal siasat.

Manakala pada Sabtu lalu kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di Kompleks Membeli Belah Sogo bagi perhimpunan #KitaLawan.

Perhimpunan sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain